Quantcast
Channel: tv3 – Galaksi Media
Viewing all articles
Browse latest Browse all 49

(HIBURAN) HAPUSKAN DERITAMU, BIARKAN IA PERGI…

0
0

Petaling Jaya, 9 Ogos 2022 – Hanya kerana dikaburi dendam, Zaquan telah mengubah kehidupan Alisa buat selama-lamanya. Mampukah Zaquan menebus kesilapannya dengan Alisa?

Biarkan Ia Pergi bakal menyusuli slot Samarinda mulai 11 Ogos, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam dan strim secara langsung di www.tonton.com.my

Drama bersiri 20 episod ini merupakan adaptasi daripada novel berjudul Biarkan Ia Pergi karya Liza Nur, diterbitkan oleh SR One Sdn Bhd dan hasil nukilan skrip Wan Mahani Wan Hassan & Liza Nur. Biarkan Ia Pergi yang diarahkan oleh Fairuz Loy akan menampilkan lakonan mantap daripada Amar Baharin, Isyariana, Zaki Azeman, Idzham Ismail, Lia Natalia, Asha Merican dan ramai lagi.

Alisa Othman (Isyariana) mempunyai kehidupan yang diidamkan oleh ramai wanita. Alisa sangat bersyukur kerana dikurniakan dengan sebuah keluarga yang penyayang, teman lelaki yang sentiasa di sisi, dan kawan setia yang menjadi tempat bergantung. Namun, nasib kehidupan Alisa berubah selepas bertemu dengan Zaquan Zachary (Amar Baharin).

Dalam keadaan khayal yang tidak sedarkan diri, secara tidak sengaja, Zaquan telah menyakiti Alisa dan menyebabkan Alisa hilang arah dan segala yang dimilikinya. Alisa telah membawa diri selepas kejadian tersebut. Zaquan tekad untuk mencari Alisa demi menebus kesalahannya dan berjanji akan membetulkan semula keadaan walau apapun halangan yang mendatang.

Apakah hasil dari pertemuan semula mereka, adakah segala usaha Zaquan itu hanya sia-sia sahaja? Dapatkah Zaquan menebus kesilapannya terhadap Alisa? Segalanya bakal terjawab dalam drama bersiri Biarkan Ia Pergi mulai 11 Ogos 2022 menerusi slot Samarinda pada setiap Isnin hingga Khamis, pukul 10.00 malam di TV3 dan strim secara langsung di www.tonton.com.my

Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, dan Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 49

Latest Images